As Salam & Salam sejahtera kepada semua,
Mula-mula sekali Kak Jijah ingin berterima kasih kepada semua kerana sudi berkunjung ke laman blog yang tak seberapa ini. Segala komen-komen amatlah dialu-alukan agar Kak Jijah dapat memperbaikkan bisnes kek Kak Jijah ini.
Apa bezanya kek lapis Kak Jijah dengan pengusaha kek lapis diluar sana?
Secara lahirnya memang tidak banyak beza, cuma Kak Jijah percaya dengan menghasilkan kek lapis yang berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti agar dapat mengekalkan rasa kek tersebut disamping melanjutkan hayat kek lapis tersebut. Selalunya kek lapis Kak Jijah dapat bertahan selama tiga bulan (dengan syarat disimpan dalam keadaan suhu sejuk/peti ais). Selain daripada itu, rasanya berlainan dari jenis2 yang lain, walaupun coraknya kurang menarik tetapi rasanya pasti tidak mengecewakan.
Nantikan update Kak Jijah untuk senarai kek lapis yang Kak Jijah sediakan. Gambar juga akan di-upload dari masa ke semasa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment